Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Friday, August 24, 2012

Chiang Mai

Assalamualaikum.

Baru-baru ni aku pergi melancong ke Chiang Mai dengan family aku. Best! Ni la first time aku melancong oversea yang memang langkau border Malaysia tu, hehe.. kalau setakat oversea Penang tu dah selalu dah. Anyway aku nak share gambar la serba sedikit. Let's check it out :D


aku dengan family aku konon-konon jadi domestik tourist, sebab kitorang naik flight ni kat Hat Yai Airport


jadual waktu solat


hotel yang aku duduk


sekolah ada pintu gerbang, terbaik punya


tuk-tuk


wat siam, haha.. ada cerita lawak pasal wat siam nih,.. aku,kakak aku, sepupu aku konon nak pergi survey tempat lawatan, naik la satu tuk-tuk ni.. uncle tu sporting, tapi dia tak reti cakap english, so kitorang ni cakap bahasa isyarat la dengan dia.. nak diajadikan cerita, tuk-tuk tu lalu sebelah wat siam ni, and kakak aku tanya kat uncle tu 'what? what? what?', dia nak tanya apa nama wat siam tu.. sekali uncle tu salah paham, dia pon yakin ja jawab 'wat' continuously, kakak aku boleh pegi tanya lagi what? and uncle tu pon jawab wat haha.. last2 sepupu aku tegor kakak aku betul la uncle tu jawab yang tokong tu wat, aku dah gelak-gelak..lepas kena tegur dengan sepupu aku baru kakak aku perasan.. last-last uncle tu bawak kitorang pusing kesemua wat yang ada kat kawasan tuh, bukan tu saja.. candi pon dia bawak pergi.. hahaha



ni tourist guide family vacation aku, dia ni super duper mesra alam kot


this one at Thai silk house


Mae Ping Rivercruise


awan waktu tu cantik sangat, cuaca redup


pak arab ni jadi model tak bertauliah aku hihi..




Setakat ni saja kot update kali ni, dah nak tidur. :D 

Wednesday, August 22, 2012

Raya

Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku terlupa yang aku ni ada blog *giggles*
Sebelum tu, tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Raya kali ni biasa2 sahaja, sama seperti tahun2 lepas. Lagi beberapa minggu aku akan masuk balik ke universiti untuk semester terakhir. Seronoknya dah nak habis belajar. Lepas tu aku akan LI, kat mana belum pasti lagi.

Ok lah, setakat sini saja kot update kali ni. Kalau aku rajin, nanti aku update dalam masa terdekat insyaAllah. :-)