Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Friday, August 19, 2011

keindahan ciptaan Tuhan

Assalamualaikum.

Lama ya tak update. Okeh, nak share sikit ni. Tadi lepas solat terawih, ada la sedikit tazkiraz disampaikan oleh ustaz di masjid yang saya pergi tadi. Ada satu part dalam ucapannya yang saya nak kongsi disini.

Ustaz tu terangkan la pasal kelebihan bulan Ramadhan. And then ustaz tu cakap pasal keistimewaan manusia. Kata-katanya lebih kurang begini la.

Allah ciptakan malaikat 100 peratus dengan akal dan tanpa nafsu,
Allah ciptakan binatang 100 peratus dengan nafsu dan tanpa akal, tetapi
Allah ciptakan manusia dengan istimewanya, iaitu mempunyai kedua-dua akal dan nafsu.

Sekiranya manusia itu bijak menggunakan akal untuk mengawal nafsu, manusia tersebut akan menjadi lebih hebat daripada malaikat, manakala
Sekiranya manusia itu membiarkan nafsunya mengawal akal pemikirannya, manusia tersebut akan menjadi lebih keji daripada binatang.

MasyaAllah..

Yang tu saja kot yang saya nak share sekarang. Nanti saya tambah lagi bila ada masa.

Friday, July 15, 2011

Mari kita potong kuku.

Assalamualaikum.

Memandangkan sekarang telah masuk hari Jumaat *walaupun tengah pagi buta*, maka afdhal untuk kita sebagai umat Islam potong kuku. Eh, tapi jangan la potong sekarang pukul 1.25 pagi ni, potong nanti tau, dalam pukul 8.00 pagi keatas. Pelik la pula kalau potong pagi-pagi buta ni. ^^

Tapi hendak potong kuku ada tertibnya tau. Tertibnya seperti gambar dibawah ini.


Selain itu juga, Rasulullah SAW bersabda, jika sesiapa memotong kuku pada hari-hari ini, maka :

Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Setakat ini sahaja perkongsian untuk entry ini. Selamat Beramal. ^^

Buka puasa

Assalamualaikum.

Walaupun dah lama saya buka puasa tadi, tapi saya tetap nak post entry ni hihi. Alhamdulillah, hari ni first day saya puasa dalam bulan Syaaban tahun ni, dapat juga ya puasa sehari. Seronok sebab puasa dengan mak ayah. *wink* 

Dan hari ni juga, first time saya makan udang lipan ataupun udang gertak. Masak simple aja, just goreng dengan garam kunyit. Tapi seriously, walaupun simple, rasa udang lipan goreng tu sedap. Thumbs up to my mom. :) Moga-moga lepas ni ayah beli lagi ya udang lipan. Lepas ni kita try bakar pula ya. ^^

rupa udang lipan goreng

p.s - gambar ni saya ambil di blog ini, lupa nak tangkap gambar tadi, maklumlah sibuk nak buka puasa. 

Thursday, July 14, 2011

Zikir Selepas Solat


Assalamualaikum.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM



”La ilaha illallahu wahdahu la syarikallah, Lahulmulku walahulhamdu yuhyi wa yumit, wahua ala kulli syaiin qadir”. (Tiada Tuhan yang selayaknya disembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu baginya. Bagi Allah seluruh kekuasaan dan untuk Allah segala kepujian. Dia menghidupkan dan mematikan. Dan Dialah yang amat berkuasa ke atas segala sesuatu).


Diamalkan 10x setiap selesai Solat Fardhu Subuh dan Maghrib, selepas salam, sebelum merungkaikan duduk tawarruknya dan sebelum berkata2 yang lain.

Daripada Hadith Nabi SAW, “Siapa yang membaca: ‘La ilaaha illallahu wahdahu… hingga akhirnya, 10 kali selepas solat Maghrib dan Subuh sebelum mengubah duduknya (duduk tahiyat akhir) maka ditulis baginya tiap-tiap satu kali sepuluh kebajikan (pahala) dan dihapuskan sepuluh kejahatan (dosa), dinaikkan sepuluh darjat, dijadikan bacaan itu sebagai perisai daripada segala kezaliman makhluk, penolak kepada syaitan yang terkutuk dan tiada dosa yang merosakkannya selain syirik dan ia menjadi orang yang utama dalam amal daripada orang lain kecuali jika ada orang lain yang berbuat sepertinya atau lebih daripada itu.” (H.R. Ahmad). Dalam riwayat yang lain, daripada Hadith Nabi saw, ditambah lagi kelebihannya dengan pahalanya seolah-olah memerdekakan seorang hamba daripada keturunan Nabi Ismail as.

Rujukan daripada kitab “Khulasoh” Al-Muhaddith Al-Alim Al-Allamah Dr Sayyid Muhammad Bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani

Kisah Solat Subuh di Masjid

Assalamualaikum.

Seorang pemuda bangun pagi-pagi buta untuk solat subuh. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid. Ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh dan pakaiannya kotor. 

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid. Dalam perjalanan kembali ke masjid, dia jatuh lagi di tempat yang sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid, dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan lelaki tersebut menjawab “Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”. Pemuda pertama itu mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid, pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali-kali dan jawapannya tetap sama. Pemuda  bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.  Lelaki itu  menjawab,
 “Aku adalah IBLIS (syaitan)”. 

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Syaitan kemudian menjelaskan, “Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa-dosa mu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu mengubah fikiran untuk tinggal dirumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid”.

“Oleh kerana hal itu, Allah telah memaafkan dosa-dosa seluruh anggota keluargamu. Saya khuatir jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga, jangan-jangan nanti Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahawa anda sampai di masjid dengan selamat”.

Jadi, jangan  biarkan Syaitan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yang hendak kamu lakukan kerana kamu tidak pernah tahu ganjaran yang akan kamu dapat daripada segala kesulitan yang kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut.

p.s - copy paste aje ni, dapat daripada emel kawan.

heee~ ^^

Wednesday, July 13, 2011

starter like the appetiser

Assalamualaikum.

Bermula lagi sekali kisah hidup saya sebagai penulis blog. Sebelum ini saya telah mempunyai satu blog, tetapi blog tersebut telah pun saya delete disebabkan kemalasan yang melampau untuk update entry ketika itu. *hihi*

Di sini saya ingin memperkenalkan serba sedikit tentang diri saya. Saya merupakan seorang gadis yang berusia 21 tahun. Masih menuntut ilmu di sebuah institusi pengajian tinggi di selatan Semenanjung Malaysia dalam pengkhususan pengurusan. Saya merupakan anak bongsu dalam keluarga saya dan berasal dari Kedah negeri jelapang padi. 

Mungkin setakat ini dahulu untuk entry ini dan saya akan kongsikan sedikit sebanyak tentang perkara yang saya suka pada entry yang akan datang.

p.s - skema kot 1st entry ni~ haha.
p.s.s - maaf kalau bosan dan boring.
p.s.s.s - kalau ada yang tak puas hati, sila komen, jangan malu-malu.

heee~ ^^