Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Friday, March 29, 2013

Master dan MyBrain15


Assalamualaikum.

Pening la. Pening survey mana satu yang terbaik aku patut pilih. heh! tapi aku kalau boleh nak buat coursework, sebab aku tak yakin yang aku ni boleh handle research thesis. Tengok aku buat Projek Sarjana Muda (PSM) aku dulu sudah la. Meroyan sepanjang masa, macam bercinta ja busynya haha.

Tengah mengusya benda alah ni la...



MSc. Management





MSc. Technology Management


Kalau diikutkan course yang aku belajar dulu, patut aku ambil MSc. Technology Management. Tapi fully research la pulak sarjananya. Hurmnn..... MSc. Management pun ok, sebab tengok syllabus dia macam yang aku belajar sebelum ni. Actually Mgt.Sc. kan sama ja dengan MoT. haha.. aku ni sesaja ja suka memening kan diri sendiri. Ntah?? hahaha... 

>>>>> complicated personality crisis.. OH NO!

Pastu pasal MyBrain pulak, aku pun tak faham sangat benda alah ni. Yang aku tahu, MB ni satu jenis biasiswa yang KPT sediakan kepada orang awam yang nak sambung master or PhD. 




Setakat ni ja la kot aku merepek di sini, ada urusan kerajaan aku kena uruskan haha. OK daa... As Salaam.. 

Tuesday, March 26, 2013

#PART2 ---> nak further mengaji master

Cont.


So, sekarang ni aku tengah plan nak sambung di UUM, dekat sikit dengan kampung. UTHM jauh sangat la. Kalau jadi apa-apa kat kampung, nanti susah nak balik. Hurm... entah la, sambung ja la course yang sama jugak, tengah consult dengan kawan yang memang study dekat UUM dan jugak dengan kawan yang memang tengah sambung master. 


Ok la, dah tak tau nak tulis apa lagi. Dah sampai limit bandwidth otak nak fikir. haha! daa :*


Assalamualaikum.


p.s.         baby tu panggilan manja kat rumah
p.s.s.       cuak nak menghadapi realiti huk!
p.s.s.s.    dah Isyak! Solat yuk! hee
 

Salam Isyak. :D

#PART1 ---> nak further mengaji master

Assalamualaikum,


Aku dah dua tiga bolan bulan *teringat ustaz pi'e* duduk fikir nak sambung master, final pointer (cgpa) aku takda la se-gah mana pun, tapi aku nak jugak sambung master sebab aku rasa sekarang ni macam susah nak dapat peluang pekerjaan, lagi-lagi aku ni perempuan. Entah la, aku tak pasti samada pendapat aku ni betul atau salah, tapi aku nak sambung jugak. haha! #repetitivestatement

Dalam masa yang sama jugak, mak support aku suruh sambung, abang-abang kakak pun sama. Mak cakap macam ni kat aku, "biaq pi la kawan-kawan baby nak kahwin ka, apa-apa ka, baby sambung la master, kat mana-mana uni pun takpa, janji ada certificate... la ni susah nak dapat qeja, baik sambung, In shaa Allah mana tau boleh jadi lecturer, tak pun tutor ka." Tengok! mak aku suruh sambung dulu. haha.


OK lah, dah maghrib, nanti kalau ada kesempatan aku sambung cerita.

Salam Maghrib. :D

Monday, March 25, 2013

internship

Assalamualaikum.

Waaaa.. lamanya aku tak menjengah laman blog ni. Buat masa sekarang ni aku tengah menjalani tempoh latihan industri aku di sebuah kilang perabot di selatan tanah air. Aku dah bekerja lebih kurang dalam tempoh 5-6 minggu dah. Alhamdulillah so far so good kerjanya walaupun asyik buat kerja yang sama ja tiap-tiap hari haha.. Sometimes rasa boring tu ada la jugak.. *actually most of the times* haha. Kerja enam hari seminggu, pheww awesome penatnya,. kekeke.. Don't nag too much Nadhrah! Btw, trust to Allah, setiap kejadian merupakan perancanganNya, kita sebagai makhluk perlu berusaha ke arah yang lebih baik. hee Jiayou to myself. I know i can do it, hope everything will be alright till next June. And also wish me luck in doing my preparation for my umrah on this coming Ramadhan.
Cheers all.


Salam. :D


p.s: Semalam donate darah, hari ni lesu satu hari di ofis :(