Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Tuesday, October 30, 2012

Syiah

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update, agak sibuk sekarang ni, tu pon ada ja kerja aku yang masih tertangguh. Tiba-tiba terfikir benda yang nampak petang tadi. Tadi waktu aku berjalan kaki bersama-sama emak aku, aku ternampak sebuah kereta ni yang memaparkan stiker 'MAHMOUD AHMEDINEJAD'. Besar tulisan stiker tersebut. Benda pertama yang pop-up dalam kepala aku adalah berkenaan Isu Syiah.

Wah! Orang tersebut berani sungguh menunjukkan stiker tu secara terang-terangan. Bila aku nampak benda ni berlaku dengan mata sendiri, terasa takut la pulak. Lagipun emak aku kata yang Syiah dah meluas di Perlis dan di Pendang, Kedah pun dah ada. Itu apa yang emak aku dengar la melalui buah mulut orang, kesahihannya tidak dikenalpasti. Tapi kalau pun begitu, kita masih perlu berjaga-jaga. Nak cakap lebih-lebih, aku ni pon bukannya pandai sangat. hihi. Ok la, cukup setakat ni dulu, nak sambung buat kerja balik. :-)


p.s: Lokasi yang kereta yang aku nampak tu dekat Alor Setar. Area PMC.