Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Wednesday, September 5, 2012

gelang aku hilang

Assalamualaikum,

Kalau tengok kat gambar header tu, aku pakai dua gelang. Tapi kat tangan aku sekarang ni ada satu. Dia pi hilang tang mana tah. Gelang kesayangan kot tu, mak aku bagi sebagai kenangan, ala-ala souvenir la. Made in China tuh. haha. Made-up by white Jed, aku dah pakai setahun lebih dah rasanya, alhamdulillah tali dia elok lagi, tak putus-putus. Nak kena cari nih. Hope aku jumpa nanti. Alang-alang hilang dalam rumah ni jugak.

that one white in color



p.s- btw, gelang ni ada kes yang menyebabkan aku kurangkan level respek aku kat seseorang, aduhai.

Sunday, September 2, 2012

i l i k e c a t

Assalamualaikum,

Aku suka kucing, yeah.. i like it, tapi aku tak bela kucing haha. So aku main ja la dengan kucing-kucing dekat luar rumah.


ni antara kucing-kucing yang aku pernah main bersama. <3 They're cute right? hee..

meet my friend

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, aku pergi kenduri kahwin kakak seorang kawan rapat aku, Puteri. It was a nice reception ceremony for both bride+groom and also the family. Majlis tu berlangsung di Dewan KUIN dan majlis tu berprotokol, so agak kena jaga tertib la dalam dewan tu. Yang seronoknya, aku dapat jumpa kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk study di universiti yang berbeza dengan aku. Diorang ni la antara geng-geng lepak aku kalau balik kampung, Mimi, Puteri, Ain, Fazza, Dewi, Tipah, Wani dll. Kat sini aku nak share gambar waktu majlis tu. :-)


bunch of photos ^^


That's all for today, wallaa~ goodnight.



Saturday, September 1, 2012

k e n a p a ?

Assalamualaikum, ......


Kenapa blogspot dah tukar layout dashboard, aku dah tak reti nak buat perubahan kat blog aku sekarang ni.  Silap la aku idle daripada buka blog ni almost a year. haish... susah susah.. *sigh*



Afgan - PadaMu ku Bersujud

Assalamualaikum,




Rasanya lagu ni dah lama keluar kat radio, tapi aku baru terminat lagu ni.. ni pun sebab Kedah FM kekadang pasang lagu ni, mak aku pon minat lagu ni. Lirik dia memang mendalam maksudnya. :-)

dua puluh dua

Assalamualaikum,

Hari aku nak cerita pasal angka dua puluh dua. 22?? apa tuh? Ok la, sebenarnya umurku semakin menghampiri angka 22, ada orang kata umur ni dah cukup matang untuk kahwin, hihi *gedik kan*. Aku seperti biasa, steady cool bujang trang-tang-tang, belum terfikir soal kahwin ni. Bukan tak fikir langsung, fikir jugak.. tapi memandangkan aku rasa yang aku ni belum cukup matang dan calon pun agak-agak macam tak ada ja, so better keep silent dulu.

Hari tu pergi kenduri kakak puteri *sahabat sekolah aku*, tipah *sahabat aku jugak* tanya samada aku ni dah ada boyfriend kawan lelaki ke belum. Hehe..jawabnya belum la.. Kekadang aku terpikir jugak nak suruh mak ayah aku ja yang tolong carikan untuk aku. Kalau nak diikutkan, aku ni bukanlah jenis yang pandai bergaul dengan lelaki, apatah lagi nak approach lelaki ajak jadi teman istimewa. Mungkin la aku spent whole time sekolah menengah dan rendah di sekolah perempuan kot, waktu tuisyen pun jarang sembang dengan lelaki. Plus,bagi aku.. aku masih pegang kuat pada prinsip untuk tak menjadi 'perigi cari timba'. Susah jugak kan aku ni, hurmmm.. apa-apa ja la, janji aku nak habiskan dulu degree aku. Lepas tu baru pikir ek..


p.s: seronok tengok sahabat sekolah dan universiti aku yang semakin ramai bina masjid, alhamdulillah.