Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Thursday, December 6, 2012

PSM2 Presentation

assalamualaikum,


next week,


Khamis...


dah nak present projek sarjana muda 2 aku


sekejap ja masa berlalu


aku orang kedua lepas Kai Li


harap-harap berjalan dengan lancar,.. In shaa Allah :)


Thursday, November 29, 2012

lalat lagi

Assalamualaikum,




Aku tak suka lalat..




tu ja! humph...







~

Wednesday, November 28, 2012

masalah lalat

Assalamualaikum,


LALAT.. salah satu binatang, serangga yang aku cukup tak suka


tapi semenjak dua menjak ni, mana-mana tempat aku pi, mesti ada lalat..


nak kata aku tak mandi, aku mandi.. nak kata aku busuk, bau biasa-biasa ja..


lalat ni awat la attracted sangat dengan aku ek?


aku tak dak la pulak pakai baju printed 'follow me' soh lalat tu follow aku..


p.s. MUSYKIL


Thursday, November 22, 2012

mengantuk

assalamualaikum,


semenjak 2-3 minggu ni aku sokmo ja rasa mengantuk..


kbai

Thursday, November 15, 2012

terasa bersalah

Assalamualaikum,


Aku terasa bersalah..



dah dua tiga hari tak telefon rumah



tak tanya khabar emak dan ayah



tak sembang share cerita seharian aku di Johor, tanya aktiviti emak ayah di Kedah



nak telefon sekarang takut emak ayah tengah tidur petang



malam ni insyaAllah aku telefon,



AKU RINDU MEREKA~


...

Tuesday, November 13, 2012

Tuesday, October 30, 2012

Syiah

Assalamualaikum,

Dah lama aku tak update, agak sibuk sekarang ni, tu pon ada ja kerja aku yang masih tertangguh. Tiba-tiba terfikir benda yang nampak petang tadi. Tadi waktu aku berjalan kaki bersama-sama emak aku, aku ternampak sebuah kereta ni yang memaparkan stiker 'MAHMOUD AHMEDINEJAD'. Besar tulisan stiker tersebut. Benda pertama yang pop-up dalam kepala aku adalah berkenaan Isu Syiah.

Wah! Orang tersebut berani sungguh menunjukkan stiker tu secara terang-terangan. Bila aku nampak benda ni berlaku dengan mata sendiri, terasa takut la pulak. Lagipun emak aku kata yang Syiah dah meluas di Perlis dan di Pendang, Kedah pun dah ada. Itu apa yang emak aku dengar la melalui buah mulut orang, kesahihannya tidak dikenalpasti. Tapi kalau pun begitu, kita masih perlu berjaga-jaga. Nak cakap lebih-lebih, aku ni pon bukannya pandai sangat. hihi. Ok la, cukup setakat ni dulu, nak sambung buat kerja balik. :-)


p.s: Lokasi yang kereta yang aku nampak tu dekat Alor Setar. Area PMC.

Wednesday, September 5, 2012

gelang aku hilang

Assalamualaikum,

Kalau tengok kat gambar header tu, aku pakai dua gelang. Tapi kat tangan aku sekarang ni ada satu. Dia pi hilang tang mana tah. Gelang kesayangan kot tu, mak aku bagi sebagai kenangan, ala-ala souvenir la. Made in China tuh. haha. Made-up by white Jed, aku dah pakai setahun lebih dah rasanya, alhamdulillah tali dia elok lagi, tak putus-putus. Nak kena cari nih. Hope aku jumpa nanti. Alang-alang hilang dalam rumah ni jugak.

that one white in color



p.s- btw, gelang ni ada kes yang menyebabkan aku kurangkan level respek aku kat seseorang, aduhai.

Sunday, September 2, 2012

i l i k e c a t

Assalamualaikum,

Aku suka kucing, yeah.. i like it, tapi aku tak bela kucing haha. So aku main ja la dengan kucing-kucing dekat luar rumah.


ni antara kucing-kucing yang aku pernah main bersama. <3 They're cute right? hee..

meet my friend

Assalamualaikum,

Baru-baru ni, aku pergi kenduri kahwin kakak seorang kawan rapat aku, Puteri. It was a nice reception ceremony for both bride+groom and also the family. Majlis tu berlangsung di Dewan KUIN dan majlis tu berprotokol, so agak kena jaga tertib la dalam dewan tu. Yang seronoknya, aku dapat jumpa kawan-kawan aku yang dah lama tak jumpa sebab masing-masing sibuk study di universiti yang berbeza dengan aku. Diorang ni la antara geng-geng lepak aku kalau balik kampung, Mimi, Puteri, Ain, Fazza, Dewi, Tipah, Wani dll. Kat sini aku nak share gambar waktu majlis tu. :-)


bunch of photos ^^


That's all for today, wallaa~ goodnight.



Saturday, September 1, 2012

k e n a p a ?

Assalamualaikum, ......


Kenapa blogspot dah tukar layout dashboard, aku dah tak reti nak buat perubahan kat blog aku sekarang ni.  Silap la aku idle daripada buka blog ni almost a year. haish... susah susah.. *sigh*



Afgan - PadaMu ku Bersujud

Assalamualaikum,




Rasanya lagu ni dah lama keluar kat radio, tapi aku baru terminat lagu ni.. ni pun sebab Kedah FM kekadang pasang lagu ni, mak aku pon minat lagu ni. Lirik dia memang mendalam maksudnya. :-)

dua puluh dua

Assalamualaikum,

Hari aku nak cerita pasal angka dua puluh dua. 22?? apa tuh? Ok la, sebenarnya umurku semakin menghampiri angka 22, ada orang kata umur ni dah cukup matang untuk kahwin, hihi *gedik kan*. Aku seperti biasa, steady cool bujang trang-tang-tang, belum terfikir soal kahwin ni. Bukan tak fikir langsung, fikir jugak.. tapi memandangkan aku rasa yang aku ni belum cukup matang dan calon pun agak-agak macam tak ada ja, so better keep silent dulu.

Hari tu pergi kenduri kakak puteri *sahabat sekolah aku*, tipah *sahabat aku jugak* tanya samada aku ni dah ada boyfriend kawan lelaki ke belum. Hehe..jawabnya belum la.. Kekadang aku terpikir jugak nak suruh mak ayah aku ja yang tolong carikan untuk aku. Kalau nak diikutkan, aku ni bukanlah jenis yang pandai bergaul dengan lelaki, apatah lagi nak approach lelaki ajak jadi teman istimewa. Mungkin la aku spent whole time sekolah menengah dan rendah di sekolah perempuan kot, waktu tuisyen pun jarang sembang dengan lelaki. Plus,bagi aku.. aku masih pegang kuat pada prinsip untuk tak menjadi 'perigi cari timba'. Susah jugak kan aku ni, hurmmm.. apa-apa ja la, janji aku nak habiskan dulu degree aku. Lepas tu baru pikir ek..


p.s: seronok tengok sahabat sekolah dan universiti aku yang semakin ramai bina masjid, alhamdulillah.

Friday, August 24, 2012

Chiang Mai

Assalamualaikum.

Baru-baru ni aku pergi melancong ke Chiang Mai dengan family aku. Best! Ni la first time aku melancong oversea yang memang langkau border Malaysia tu, hehe.. kalau setakat oversea Penang tu dah selalu dah. Anyway aku nak share gambar la serba sedikit. Let's check it out :D


aku dengan family aku konon-konon jadi domestik tourist, sebab kitorang naik flight ni kat Hat Yai Airport


jadual waktu solat


hotel yang aku duduk


sekolah ada pintu gerbang, terbaik punya


tuk-tuk


wat siam, haha.. ada cerita lawak pasal wat siam nih,.. aku,kakak aku, sepupu aku konon nak pergi survey tempat lawatan, naik la satu tuk-tuk ni.. uncle tu sporting, tapi dia tak reti cakap english, so kitorang ni cakap bahasa isyarat la dengan dia.. nak diajadikan cerita, tuk-tuk tu lalu sebelah wat siam ni, and kakak aku tanya kat uncle tu 'what? what? what?', dia nak tanya apa nama wat siam tu.. sekali uncle tu salah paham, dia pon yakin ja jawab 'wat' continuously, kakak aku boleh pegi tanya lagi what? and uncle tu pon jawab wat haha.. last2 sepupu aku tegor kakak aku betul la uncle tu jawab yang tokong tu wat, aku dah gelak-gelak..lepas kena tegur dengan sepupu aku baru kakak aku perasan.. last-last uncle tu bawak kitorang pusing kesemua wat yang ada kat kawasan tuh, bukan tu saja.. candi pon dia bawak pergi.. hahaha



ni tourist guide family vacation aku, dia ni super duper mesra alam kot


this one at Thai silk house


Mae Ping Rivercruise


awan waktu tu cantik sangat, cuaca redup


pak arab ni jadi model tak bertauliah aku hihi..




Setakat ni saja kot update kali ni, dah nak tidur. :D 

Wednesday, August 22, 2012

Raya

Rasanya dah lama aku tak update blog ni. Bukannya apa, aku terlupa yang aku ni ada blog *giggles*
Sebelum tu, tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Raya kali ni biasa2 sahaja, sama seperti tahun2 lepas. Lagi beberapa minggu aku akan masuk balik ke universiti untuk semester terakhir. Seronoknya dah nak habis belajar. Lepas tu aku akan LI, kat mana belum pasti lagi.

Ok lah, setakat sini saja kot update kali ni. Kalau aku rajin, nanti aku update dalam masa terdekat insyaAllah. :-)

Thursday, March 15, 2012

emotional

Aku tak tahu la kenapa orang sekeliling aku sekarang ni mudah sangat nak beremosi. Yeapp.. I know that everybody have so many works to be done, tapi kenapa la nak kena masukkan sekali problem kerja dengan hal peribadi. #PeningAku



p.s: susah la nk jaga perasaan semua orang, especially sahabat.
p.s.s: bila semua emosi, aku pon ter-emosi sama jugak.