Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Saturday, September 1, 2012

dua puluh dua

Assalamualaikum,

Hari aku nak cerita pasal angka dua puluh dua. 22?? apa tuh? Ok la, sebenarnya umurku semakin menghampiri angka 22, ada orang kata umur ni dah cukup matang untuk kahwin, hihi *gedik kan*. Aku seperti biasa, steady cool bujang trang-tang-tang, belum terfikir soal kahwin ni. Bukan tak fikir langsung, fikir jugak.. tapi memandangkan aku rasa yang aku ni belum cukup matang dan calon pun agak-agak macam tak ada ja, so better keep silent dulu.

Hari tu pergi kenduri kakak puteri *sahabat sekolah aku*, tipah *sahabat aku jugak* tanya samada aku ni dah ada boyfriend kawan lelaki ke belum. Hehe..jawabnya belum la.. Kekadang aku terpikir jugak nak suruh mak ayah aku ja yang tolong carikan untuk aku. Kalau nak diikutkan, aku ni bukanlah jenis yang pandai bergaul dengan lelaki, apatah lagi nak approach lelaki ajak jadi teman istimewa. Mungkin la aku spent whole time sekolah menengah dan rendah di sekolah perempuan kot, waktu tuisyen pun jarang sembang dengan lelaki. Plus,bagi aku.. aku masih pegang kuat pada prinsip untuk tak menjadi 'perigi cari timba'. Susah jugak kan aku ni, hurmmm.. apa-apa ja la, janji aku nak habiskan dulu degree aku. Lepas tu baru pikir ek..


p.s: seronok tengok sahabat sekolah dan universiti aku yang semakin ramai bina masjid, alhamdulillah.

No comments: