Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Thursday, April 24, 2014

Once upon a time: PASUM life.

Assalamualaikum,

Hai semua, la ni dah pukul 2.45a.m. Awat tak tidoq lagi cheq? haha kekonon nak buat assignment, tapi awat tah aku pi update entry blog ni. Tengah pagi-pagi buta ni memang la masa yang paling feel nak ber-mood 'mengimbas kenangan lama'. Ni tetiba ja teringat kenangan beberapa tahun yang lalu, waktu aku dok mengaji kat Pasum. Hebat ka Pasum tu? mesti la hebat, tapi atas performance student jugak la. Kalau hat malas tu, memang dropout la. Yang pasti hang kena rajin la kalau nak ber-asasi ni. Aku dulu performance tak elok mana sangat pon, makan angin banyak sangat. Bukan nak bukak pekung, tapi memang hakikat. So sapa-sapa ja la yang terbaca entry ni, plan nak masuk Pasum, make sure ampa semua niat nak tuntut ilmu dengan jayanya, bagi result 4 rata untuk dua semester.

Sekarang ni Pasum ada bangunan baru dah. Aku tak penah pi lagi bangunan baru tu, sebab degree sambung kat universiti kat Johor, bukan UM. *Hopefully aku dapat pi melawat nanti* Kalau nak cakap pasai kenangan kat situ, memang banyak la, tak terkira kalau nak cerita. KK12 la, DKU, Tasik Varsiti, Library, Dewan Exam, jalan-jalan, MidValley (haha!) bla bla bla...

Kat KK12 aku stay aras 3, masalah aras 3 ni, dia punya wing A dengan B tak connected, bilik kawan-kawan kamceng aku semua bukan belah wing bilik aku, so aku kena la panjat naik tangga ke tingkat 4 untuk cross wing. Tapi sebab jadi rutin harian aku merantau gi bilik kawan aku, so benda ni jadi no hal punya lah. Balkoni bilik aku menghadap ke tasik, kat tasik ni best jugak kalau nak lepak, ada kusi, ada alat senaman ringan (tatau wujud lagi ke tak). Kafe KK12 pon best, ada variety of food choices untuk makan. Dulu faveret aku kedai ayaq cincau (ada lagi tak?), kedai chinese muslim (katanya dah tak dak), kedai nasik lemak ayam berempah. Dok kat KK12 keja makan ja tau, lagi-lagi waktu bulan posa, best weh. haha.

Kalau pi kelas, pi jalan kaki ja la, panjat bukit Pasum tu. Pi la makmal, DKU (mostly kuliah kat situ), bilik tutorial. Aku dulu Hayat 1, batch aku tak ingat, 2008/2009 kot.. Group mates ada dalam 21 orang rasa-rasanya. 4 lelaki and remaining are girls. haha, tak balance. lecturer semua ok. tapi mahap wahai lecturer saya tak berapa ingat nama Dr.-Dr., Pn.-Pn., En.-En., Cik-Cik semua. tapi InsyaAllah muka ingat. Geng aku dulu ada la beberapa orang, paling kamceng kat pasum, Farah, Dila, Adah, Mena, Ira, Izni(jiran sebelah bilik). aku tak rapat pon dengan room mate aku, sebab dia tak lekat kat bilik haha.

...
...
...

taip punya taip, la dah pukoi 3.15a.m.
dah-dah la noo... sambung buat qeja pulak. hihi


gambaq pasum, ada masa nanti aku masukkan sini. banyak gambaq dalam simpanan. hee .. good morning everyone!

Assalamualaikum. :D