Assalamualaikum






Blog ini merupakan tempat aku untuk berkongsi sedikit sebanyak kisah hidup aku, maaf sekiranya sesetengah isu dalam blog ini menyentuh sensitiviti anda yang membaca. Smile :)



Friday, May 3, 2013

Langit ciptaan Yang Satu, Hudud dan PRU13

Assalamualaikum,

Hihi! lama tak muncul di sini. Panjangkan tajuk entry kali ni. Saja nak share some of my thoughts here today. Tadi waktu on the way nak pulang rumah daripada tempat kerja, sepanjang perjalanan tersebut dihiasi dengan gumpalan awan yang mashaAllah cantik sekali. Tetiba aku terfikir betapa kerdilnya kita disisi Allah. Langit yang kita nampak ni baru saja sedikit luasnya daripada alam semesta yang memang kita tak tahu penghujungnya di mana. Itu belum lagi kira jauhnya langit ketujuh. Kejadian ini memang la kita tak boleh bayangkan lebih-lebih. Takut nanti terpesong pemikirannya. Kun faya kun. Atas hendakNya maka jadilah ia. Tapi tu la aku terfikir Ya Allah kerdilnya aku, sedangkan sekerdil ini pun aku masih lalai beribadah kepadaNya. Ya Allah moga ku diberi hidayahMu sepanjang hidupku. Ameen.

Lagi satu hal, hehe sebab PRU13 hari ahad ni ja, aku pun nak juga la kongsi pendapat aku. Hehe! Aku bukan la seorang yang fanatik pada mana-mana parti politik. Cukup la bagiku jika kurasa parti tersebut akan membawa kepada kebaikan, aku sokong parti tu. Aku ada satu rasa tak suka bila orang mengutuk ulamak, kenapa disebabkan politik, orang sekarang makin lantang mengata Tok Guru Nik Aziz? Kata beliau nyanyuk la, gila la.. macam-macam lagi la. Aku cukup tak berpuas hati apabila orang berkata sedemikian. Cukup sangatkah ilmu kita untuk mengutuk beliau yang memang sah- sah hafaz 30 juzuk Al-Quran dan hadis. Sedangkan ulamak-ulamak dunia pun mengiktiraf kedudukannya, kenapa tidak kita? sebangsa dan senegara dengannya sendiri. Hurmm.. tu pendapat saya saja. Nasihatnya harap-harap kita ni muhasabah diri kita balik, sebelum nak mengata orang lain, lihat diri kita dahulu, siapakah kita, adakah kita sudah cukup bagus untuk menilai orang lain.

Pasal hudud pulak, rasanya semua tahu, hudud tu hukum undang-undang dalam Islam. Aku tau sikit-sikit saja. My bad. Ini pendapat aku saja, kenapa sekarang ini terdapat isu yang dipermainkan dalam media bahawa hudud ini memudaratkan. Sedih sekali aku dengan benda ni. Aku pun tak la cukup ilmu nak cakap lebih-lebih, tapi sedarlah bahawasanya apa yang telah ditetapkan Allah itu semuanya bersebab dan indah-indah belaka.

Eh dah Maghrib. Kena stop dulu haha.. Assalamualaikum.

#inikalilah

No comments: